Wednesday, October 27, 2010

Program Jelajah Generasi Idaman Selangor Daerah Kuala Selangor Meriah

25 Oktober 2010, Kuala Selangor - Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor iaitu Generasi Idaman Selangor (GeMS) telah berjaya melaksankan program seumpamanya di Daerah Kuala Selangor yang merupakan daerah kedua selepas Sepang pada 24 Okt 2010 yang lalu di Tapak Letak Kenderaan Pasaraya Tesco Kuala Selangor.

Sambutan yang di berikan oleh masyarakat setempat sangat membanggakan. Semua kaum telah hadir untuk melihat sendiri program tersebut di laksanakan. Kami Briged Amal Selangor (BASE) telah terlibat secara langsung sebagai pembantu urusetia di majlis tersebut.

Pelbagai acara telah di laksanakan seperti pameran dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO's termasuk Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan memasak, pertandingan 'Street Soccer', pertandingan Bola Keranjang 3 sebelah, pertandingan dan pameran motosikal klasik dan pelbagai jenis, pertunjukkan menunggang secara berhemah oleh Alternative Riding Club (ARC) Selangor, kaunter Daftar Pemilih SPR dan Konsert Amal dengan kehadiran artis-artis seperti Ustaz Akil Hayy, Muadz, Renggo (bekas kumpulan Arrow), Ustaz Akhwan Afandy dan kumpulan nasyid Mirwana yang telah menghiburkan para pengunjung pada sebelah malam.

Jelajah GeMS Siri 3 Daerah Hulu Langat akan di langsungkan pada 13 November 2010 akan datang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang yang ada untuk berkunjung dan melihat apa yang di maksudkan GeMS.

Pameran Briged Amal Selangor & Yayasan Amal Malasyia

Persembahan Kumpulan Dikir Barat India

Persembahan Kumpulan Kompang 7

Persembahan Gendang Cina dari SJKC Pekan Ijok

Petugas-petugas Pandaftar Pemilih Pilihanraya SPR

YB Dr Halimah Ali berkunjung ke pameran BASE

Demo Menunggang Secara Berhemah dari ARC Selangor

YB Dr Ahmad Yunus melihat pertunjukkan motosikal klasik

"Belajar dari yang muda" kata YB Dr Halimah Ali

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

Sukarelawan Briged Amal Selangor

Pertandingan Bola Keranjang

Pertandingan Street Soccer

Sukarelawan BASE dari Selat Klang

Mereka tidak jemu-jemu bertugas & beramal



Motosikal jenis Vespa pun ada


Petugas BASE di temuramah oleh TV Selangor

No comments:

Post a Comment