Friday, November 19, 2010

Briged Amal Ziarah Anak Allahyarham Firdaus (Timb Pgrsi ARC S'gor)

19 Nov Jumaat, Kajang - Pengarah Briged Amal Selangor, Sdr Azri Mohamad Arish bersama Pengarah Pentadbiran Briged Amal En Azraee Harun telah membuat ziarah adik Mohamad Umar b. Firdaus anak kepada Allahyarham Firdaus yang meninggal dunia akibat luka parah selepas terlibat dalam kemalangan selepas selesai program Jelajah GeMS di Hulu Langat pd 14 Nov lalu. Turut hadir sama Sdr. Ridzuan Din Ketua DACS/ARC PJU. Briged Amal Selangor dan DPPPJU telah menyampaikan sumbangan kepada adik Umar, 11 tahun. Adik Umar sedang dirawat di Hospital Kajang. Beliau mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan semakin pulih sekarang.

Wednesday, November 17, 2010

Bantu Mangsa Banjir Mencuci Rumah di Kedah

Anak-anak muda dari Selangor melalui Briged Amal Selangor telah bersama dengan sukarelawan amal yang lain, memberi khidmat amal bakti tanpa mengenal penat.

Sunday, November 14, 2010

Briged Amal Membantu Mangsa Banjir di Kedah

Seramai 32 org anggota Briged Amal Selangor bertolak mlm td menuju alor star utk membantu mangsa banjir sehingga 16/11. Doakan keselamatan mereka..

Briged Amal Selangor bertugas di Jelajah GeMS Hulu Langat

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60193843962

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

Friday, November 12, 2010


12 Nov 2010, Shah Alam - Program Jelajah GeMS di teruskan lagi esok 13 Nov 2010 di Padang Awam Batu 14, Hulu Langat bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam. Ini adalah untuk peringkat Daerah Hulu Langat. Banyak aktiviti-aktiviti menarik iaitu :-
1) Majlis Dialog bersama Pimpinan: YB Dr Halimah & Pimpinan-pimpinan Masyarakat.
2) Pameran dari Agensi-agensi Kerajaan, Briged Amal Selangor, NGO's dan lain-lain.
3) Pertandingan:
Mewarna (Kanak-kanak), Bercerita (Kanak-kanak), Gubahan (Wanita), Sepak Raga Bulat, Boling Kelapa, Bola Jaring,
4) Persembahan:
Tarian Zapin Kanak-kanak, Tarian Singa, Kompang, Pencak Silat, Busana Muslimah, Persembahan Pentas.
5) Konsert Amal & Sembang Santai:
Artis-artis jemputan : Amy Search,Gamma, Pak Long, Mirwana, As Saufee & Ustaz Akhwan Afandy.


Thursday, November 4, 2010

Program Jom Kerja Daerah Hulu Langat


Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah bijak dengan mengusahakan beberapa syarikat swasta yang memerlukan tenaga kerja iaitu dengan mengadakan Program Jom Kerja. Di mana program ini telah memberikan beberapa majikan di Selangor khususnya yang berhampiran dengan lokasi program untuk membuka kaunter temuduga dan kaunter penawaran kerja kosong.

Ini telah memberikan ruang serta peluang kepada anak-anak tempatan yang memerlukan pekerjaan untuk hadir serta memilih tawaran kerja yang bersesuaian pada hari tersebut. Program ini telah mendekatkan masyarakat kepada majikan-majikan yang ketandusan pekerja. Di fahamkan hampir 20,000 kekosongan pekerjaan di Selangor. 

Oleh itu, usaha yang sangat baik ini perlu di sambut oleh pelbagai pihak bagi bersama-sama menanggani gejala sosial yang berlaku di negara ini.


PROGRAM JELAJAH GENERASI IDAMAN SELANGOR GeMS DAERAH HULU LANGAT


Wednesday, November 3, 2010

Mesra Ramadhan Briged Amal Selangor DUN Seri Muda


Anggota Briged Amal Selangor DUN Seri Muda sedang sibuk membungkus bubur lambuk

Asuh bakat orang-orang muda, supaya prihatin masyarakat

Ustaz Mohd Yusof orang kuat BASE Kota Raja