Friday, November 19, 2010

Briged Amal Ziarah Anak Allahyarham Firdaus (Timb Pgrsi ARC S'gor)

19 Nov Jumaat, Kajang - Pengarah Briged Amal Selangor, Sdr Azri Mohamad Arish bersama Pengarah Pentadbiran Briged Amal En Azraee Harun telah membuat ziarah adik Mohamad Umar b. Firdaus anak kepada Allahyarham Firdaus yang meninggal dunia akibat luka parah selepas terlibat dalam kemalangan selepas selesai program Jelajah GeMS di Hulu Langat pd 14 Nov lalu. Turut hadir sama Sdr. Ridzuan Din Ketua DACS/ARC PJU. Briged Amal Selangor dan DPPPJU telah menyampaikan sumbangan kepada adik Umar, 11 tahun. Adik Umar sedang dirawat di Hospital Kajang. Beliau mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan semakin pulih sekarang.

1 comment:

  1. hARAP2 semua briged Amal dilindungi Insurans oleh pihak pengurusan supaya nasib keluarga akan terbela sekiranya terjadi kemalangan yg melibatkn nyawa seperti itu

    ReplyDelete