Thursday, November 4, 2010

Program Jom Kerja Daerah Hulu Langat


Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah bijak dengan mengusahakan beberapa syarikat swasta yang memerlukan tenaga kerja iaitu dengan mengadakan Program Jom Kerja. Di mana program ini telah memberikan beberapa majikan di Selangor khususnya yang berhampiran dengan lokasi program untuk membuka kaunter temuduga dan kaunter penawaran kerja kosong.

Ini telah memberikan ruang serta peluang kepada anak-anak tempatan yang memerlukan pekerjaan untuk hadir serta memilih tawaran kerja yang bersesuaian pada hari tersebut. Program ini telah mendekatkan masyarakat kepada majikan-majikan yang ketandusan pekerja. Di fahamkan hampir 20,000 kekosongan pekerjaan di Selangor. 

Oleh itu, usaha yang sangat baik ini perlu di sambut oleh pelbagai pihak bagi bersama-sama menanggani gejala sosial yang berlaku di negara ini.


No comments:

Post a Comment