Monday, July 4, 2011

Kemahiran Sulaman Manik Bantu Masyarakat Selat Klang

3 Julai 2011, Pelabuhan Klang - Briged Amal Selangor telah mengadakan Kursus Kemahiran Sulaman Manik Siri 1 di Dewan Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman Klang. Program tersebut di rasmikan oleh YB Puan Dr Hjh Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor.

Program yang di jayakan bersama Noriz De Fashion itu telah menarik minat penduduk dari Flat Sri Perantau dan sekitar Selat Klang. Kemahiran yang di pelajari ini sangat berharga sehingga boleh membantu meningkatkan pendapatan keluarga, tegas YB Dr Halimah di dalam ucapan penutup kursus tersebut petang semalam.

Wednesday, May 4, 2011

Briged Amal Selangor Ziarah Mangsa Kebakaran di Kg Jln Kebun, Sek 30 Shah Alam

3/5/2011-Kebakaran melibatkan 12 buah rumah yang berpunca dari kelalaian manusia apabila seorang mangsa terlibat, terlupa memadam dapur yang sedang menjerang air.

Thursday, February 3, 2011

Briged Amal Selangor terlibat dalam membantu pelajar2 selangor di Mesir

2 Februari 2011, Bilik Gerakan Operasi Bantu Pelajar Selangor di Mesir telah mula beroperasi sejak 8.30 pagi tadi.
Pusat Operasi ini atas usaha kuat oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, Excn Kerajaan Selangor dan di bantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan JAIS.
Sukarelawan dari Briged Amal, Yayasan Amal dan bekas2 pelajar Mesir juga turut sama terlibat membantu misi tersebut.